Home Scholarships Loans PROGRAM KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS, DAN JERMAN (JKPJ) - JPA

Scholarship Directory

Scholarships

YAYASAN PROTON SCHOLARSHIP
YAYASAN PROTON SCHOLARSHIP
OFFSHORE SUPPORT VESSEL CADET OFFICER SPONSORSHIP
OFFSHORE SUPPORT VESSEL CADET OFFICER SPONSORSHIP
BOSCH APPRENTICE TRAINING COURSE
BOSCH APPRENTICE TRAINING COURSE
TUN SUFFIAN FOUNDATION SCHOLARSHIP
TUN SUFFIAN FOUNDATION SCHOLARSHIP
AMCHAM-MACEE SCHOLARSHIP
AMCHAM-MACEE SCHOLARSHIP
SUNRISE EDUCATION FOUNDATION SCHOLARSHIP (SCHOOL)
SUNRISE EDUCATION FOUNDATION SCHOLARSHIP (SCHOOL)
YAYASAN TM TALENT-A 2017 SCHOLARSHIP
YAYASAN TM TALENT-A 2017 SCHOLARSHIP
BANK NEGARA MALAYSIA SCHOLARSHIP (POSTGRADUATE)
BANK NEGARA MALAYSIA SCHOLARSHIP (POSTGRADUATE)
BRUNEI DARUSSALAM GOVERNMENT SCHOLARSHIP FOR FOREIGN STUDENTS
BRUNEI DARUSSALAM GOVERNMENT SCHOLARSHIP FOR FOREIGN STUDENTS
MPOB Education Scholarship
MPOB Education Scholarship
SUNRISE EDUCATION FOUNDATION SCHOLARSHIP (UNDERGRADUATE)
SUNRISE EDUCATION FOUNDATION SCHOLARSHIP (UNDERGRADUATE)
JEFFREY CHEAH FOUNDATION COMMUNITY SCHOLARSHIP
JEFFREY CHEAH FOUNDATION COMMUNITY SCHOLARSHIP
CROWE HORWARTH SCHOLARSHIP (PROJECT CHANGE)
CROWE HORWARTH SCHOLARSHIP (PROJECT CHANGE)
INDIAN COUNCIL FOR CULTURAL RELATIONS AYUSH SCHOLARSHIP
INDIAN COUNCIL FOR CULTURAL RELATIONS AYUSH SCHOLARSHIP
KHAZANAH WATAN SCHOLARSHIP (FOUNDATION, UNDERGRADUATE and POSTGRADUATE)
KHAZANAH WATAN SCHOLARSHIP (FOUNDATION, UNDERGRADUATE and POSTGRADUATE)
PROGRAM KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS, DAN JERMAN (JKPJ) - JPA
PROGRAM KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS, DAN JERMAN (JKPJ) - JPA
UNITED WORLD COLLEGES (UWC) - MALAYSIA SCHOLARSHIP
UNITED WORLD COLLEGES (UWC) - MALAYSIA SCHOLARSHIP
BIASISWA KARANGKRAF
BIASISWA KARANGKRAF
TUN HUSSEIN ONN MEMORIAL SCHOLARSHIP
TUN HUSSEIN ONN MEMORIAL SCHOLARSHIP
RANCANGAN LATIHAN KAKITANGAN  AKADEMIK (RLKA)
RANCANGAN LATIHAN KAKITANGAN AKADEMIK (RLKA)
IOI SCHOLARSHIP
IOI SCHOLARSHIP
BIASISWA  PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN [JAD] MALAYSIA  JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM [MJHEP]
BIASISWA PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN [JAD] MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAM [MJHEP]
UEM GROUP SCHOLARSHIP (LOCAL)
UEM GROUP SCHOLARSHIP (LOCAL)
“JOURNEY TO SEMICONDUCTOR” SCHOLARSHIP PROGRAM
“JOURNEY TO SEMICONDUCTOR” SCHOLARSHIP PROGRAM
BIASISWA SUKAN IPT
BIASISWA SUKAN IPT
AMCORP STUDY GRANT
AMCORP STUDY GRANT
KHAZANAH GLOBAL SCHOLARSHIP (FOUNDATION, UNDERGRADUATE AND POSTGRADUATE)
KHAZANAH GLOBAL SCHOLARSHIP (FOUNDATION, UNDERGRADUATE AND POSTGRADUATE)
TOP-STPM Scorers (2013) Scholarship Scheme
TOP-STPM Scorers (2013) Scholarship Scheme
INDIAN SCHOLARSHIP AND TRUST FUND (ISTF)
INDIAN SCHOLARSHIP AND TRUST FUND (ISTF)
YAYASAN SIME DARBY SPECIAL SUPPORT BURSARY PROGRAMME (LOCAL)
YAYASAN SIME DARBY SPECIAL SUPPORT BURSARY PROGRAMME (LOCAL)
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
SPORTS STUDIES SCHOLARSHIP
SPORTS STUDIES SCHOLARSHIP
NILAI UNIVERSITY COLLEGE SCHOLARSHIPS
NILAI UNIVERSITY COLLEGE SCHOLARSHIPS
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TIMUR TENGAH (MESIR & JORDAN)
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TIMUR TENGAH (MESIR & JORDAN)
GREAT EASTERN SUPREMACY SCHOLARSHIP
GREAT EASTERN SUPREMACY SCHOLARSHIP
GOOGLE ANITA BORG MEMORIAL SCHOLARSHIP FOR ASIA PACIFIC
GOOGLE ANITA BORG MEMORIAL SCHOLARSHIP FOR ASIA PACIFIC
ALICE SMITH SCHOOL SCHOLARSHIP
ALICE SMITH SCHOOL SCHOLARSHIP
SECURITIES COMMISSION SCHOLARSHIP
SECURITIES COMMISSION SCHOLARSHIP
Royal Military College (RMC) Intake
Royal Military College (RMC) Intake
UTAR Nursing Scholarship
UTAR Nursing Scholarship
INDIAN GOVERNMENT SCHOLARSHIP
INDIAN GOVERNMENT SCHOLARSHIP
JEFFREY CHEAH FOUNDATION SCHOLARSHIP
JEFFREY CHEAH FOUNDATION SCHOLARSHIP
PINJAMAN PELAJARAN MARA
PINJAMAN PELAJARAN MARA
EPF SCHOLARSHIP
EPF SCHOLARSHIP
LIONS EDUCATION ASSISTANCE FOR THE NEEDY (LEARN) FUND
LIONS EDUCATION ASSISTANCE FOR THE NEEDY (LEARN) FUND
CCM SCHOLARSHIP
CCM SCHOLARSHIP
YAYASAN SIME DARBY SCHOOL LEAVER EDUCATIONAL ASSISTANCE AND AND INDUSTRIAL TRAINING (SEAIT)
YAYASAN SIME DARBY SCHOOL LEAVER EDUCATIONAL ASSISTANCE AND AND INDUSTRIAL TRAINING (SEAIT)
PROGRAM KHAS LEPASAN SPM 2011 PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH
PROGRAM KHAS LEPASAN SPM 2011 PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH
MIED LOAN
MIED LOAN
LIM KOK WING SCHOLARSHIP
LIM KOK WING SCHOLARSHIP
IGB CORPORATION SCHOLARSHIP
IGB CORPORATION SCHOLARSHIP
MALAYSIAN COMMUNITY AND EDUCATION FOUNDATION (MCEF)
MALAYSIAN COMMUNITY AND EDUCATION FOUNDATION (MCEF)
BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL - PROGRAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL - PROGRAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
SCHOLARSHIP PROGRAM FOR DIASPORA CHILDREN
SCHOLARSHIP PROGRAM FOR DIASPORA CHILDREN
AXIATA YOUNG TALENT PROGRAM (NATIONAL SECONDARY SCHOOL)
AXIATA YOUNG TALENT PROGRAM (NATIONAL SECONDARY SCHOOL)
YTL CEMENT SCHOLARSHIP FUND
YTL CEMENT SCHOLARSHIP FUND
CURTIN PHD SCHOLARSHIP
CURTIN PHD SCHOLARSHIP
SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA JPA
SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA JPA
AGROBANK SCHOLARSHIP PROGRAM
AGROBANK SCHOLARSHIP PROGRAM
TUNG SHIN HOSPITAL SCHOLARSHIP
TUNG SHIN HOSPITAL SCHOLARSHIP
YAYASAN SIME DARBY PRE-UNIVERSITY SCHOLARSHIP PROGRAMME
YAYASAN SIME DARBY PRE-UNIVERSITY SCHOLARSHIP PROGRAMME
LION-PARKSON FOUNDATION SCHOLARSHIP
LION-PARKSON FOUNDATION SCHOLARSHIP
TENBY SCHOOLS SIWU SCHOLARSHIP AWARD
TENBY SCHOOLS SIWU SCHOLARSHIP AWARD
RUSSIAN GOVERNMENT SCHOLARSHIP
RUSSIAN GOVERNMENT SCHOLARSHIP
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP)
PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
TAYLOR\'S NATIONAL SCHOLARSHIPS
TAYLOR\'S NATIONAL SCHOLARSHIPS
KPMG ASEAN Scholarship
KPMG ASEAN Scholarship
KLSCCCI SCHOLARSHIP
KLSCCCI SCHOLARSHIP
UWE Bristol Lord Templeman LLB Scholarship
UWE Bristol Lord Templeman LLB Scholarship
CANON SCHOLARSHIP
CANON SCHOLARSHIP
MALAYSIA AIRPORTS SCHOLARSHIP
MALAYSIA AIRPORTS SCHOLARSHIP
JAPANESE GOVERNMENT SCHOLARSHIP WITH ASCOJA RECOMMENDATION
JAPANESE GOVERNMENT SCHOLARSHIP WITH ASCOJA RECOMMENDATION
SIN CHEW DAILY EDUCATION FUND
SIN CHEW DAILY EDUCATION FUND
OVERSEAS STUDENTS SCHOLARSHIP FOR UNDERGRADUATE STUDIES AT LINGNAN UNIVERSITY HONG KONG
OVERSEAS STUDENTS SCHOLARSHIP FOR UNDERGRADUATE STUDIES AT LINGNAN UNIVERSITY HONG KONG
TEO SOO PIN SCHOLARSHIP
TEO SOO PIN SCHOLARSHIP
NEXUS SECONDARY SCHOOL PROGRAMME
NEXUS SECONDARY SCHOOL PROGRAMME
BANK NEGARA MALAYSIA SCHOLARSHIP (UNDERGRADUATE)
BANK NEGARA MALAYSIA SCHOLARSHIP (UNDERGRADUATE)
PANASONIC SCHOLARSHIP (POSTGRAD)
PANASONIC SCHOLARSHIP (POSTGRAD)
COLBY-SAWYER INTERNATIONAL STUDENT SCHOLARSHIP AND FINANCIAL AID
COLBY-SAWYER INTERNATIONAL STUDENT SCHOLARSHIP AND FINANCIAL AID
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN SCHOLARSHIP
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN SCHOLARSHIP
MANIPAL INTERNATIONAL UNIVERSITY SCHOLARSHIP
MANIPAL INTERNATIONAL UNIVERSITY SCHOLARSHIP
PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG SPM
PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG SPM
GENTING SCHOLARSHIP
GENTING SCHOLARSHIP
IJN DIPLOMA IN NURSING PROGRAM
IJN DIPLOMA IN NURSING PROGRAM
TAYLOR\'S WORLD CLASS SCHOLARSHIP
TAYLOR\'S WORLD CLASS SCHOLARSHIP
MEGASTEEL SCHOLARSHIP FOR DIPLOMA HOLDERS
MEGASTEEL SCHOLARSHIP FOR DIPLOMA HOLDERS
MAYBANK SCHOLARSHIP AWARD
MAYBANK SCHOLARSHIP AWARD
SONY SCHOLARSHIP
SONY SCHOLARSHIP
BUMI ARMADA CADET SPONSORSHIP
BUMI ARMADA CADET SPONSORSHIP
Malaysia Scholarship Directory EduhelpMy

PROGRAM KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS, DAN JERMAN (JKPJ) - JPA

9

Provider Name: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Provider Type: Federal Government
Scholarship Type:
  • Convertible Loan

Target Group:
  • SPM Leavers

Study Level:
  • Diploma
  • Bachelor Degree

Study Location:
  • Overseas

Minimum Requirement for Application:

refer https://drive.google.com/file/d/0B5qVTUF0YlkyREktUGJuQUJSZGs/view

Calon-calon  yang  berminat  mestilah  memenuhi  syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

(i)    Warganegara Malaysia;

(ii)    Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2016;

(iii)     Umur  belum mencapai 18  tahun  (19  tahun  bagi  pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;

(iv)    Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;

(v)    Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan

(vi)    Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Kejuruteraan Jepun:

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:

 a) Bahasa Melayu; b) Bahasa Inggeris; c) Matematik;

d) Matematik Tambahan;

e) Fizik;

f)  Kimia; dan

 g) Minimum Gred B dalam mana- mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

Kejuruteraan Korea:

Sains & Teknologi Korea:

Mendapat sekurang-kurangnya gred

A  dalam  tujuh  (7)  mata  pelajaran

termasuk mata pelajaran berikut:

a)  Bahasa Melayu; b)  Bahasa Inggeris; c)  Matematik;

d)  Matematik Tambahan;

e)  Fizik;

f)   Kimia; dan 

g)      Minimum Gred B dalam mana- mana         mata   pelajaran   lain yang diambil dalam SPM

Kejuruteraan Perancis:

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:

 a)  Bahasa Melayu; b)  Bahasa Inggeris; c)  Matematik;

d)  Matematik Tambahan;

e)  Fizik;

f)   Kimia; dan

g)      Minimum Gred B dalam mana- mana         mata   pelajaran   lain yang diambil dalam SPM.

Sains Sosial Perancis

Mendapat sekurang-kurangnya gred A  dalam  tujuh  (7)  mata  pelajaran

termasuk mata pelajaran berikut:

 a) Bahasa Melayu; b) Bahasa Inggeris; c) Matematik;

d) Sejarah; dan

e) Minimum Gred B dalam mana- mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

Kejuruteraan Jerman:

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:

 a)  Bahasa Melayu; b)  Bahasa Inggeris; c)  Matematik;

d)  Matematik Tambahan;

e)  Fizik;

f)   Kimia; dan

 g)      Minimum Gred B dalam mana- mana         mata   pelajaran   lain yang diambil dalam SPM.

Sains dan Teknologi Jerman:

Mendapat sekurang-kurangnya gred

A  dalam  tujuh  (7)  mata  pelajaran

termasuk mata pelajaran berikut:

a)  Bahasa Melayu; b)  Bahasa Inggeris; c)  Matematik;

d)  Matematik Tambahan;

e)  Fizik;

f)   Kimia; dan

g)      Minimum Gred B dalam mana- mana         mata   pelajaran   lain yang diambil dalam SPM.

Course:
  • Engineering

Application Status: CLOSED
Application Open Date: 16-Mar-2017
Closing Date: 22-Mar-2017
Extra Info:

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2017. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2016 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

1.   STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JKPJ

 1.1 Program Kejuruteraan Teknikal Jepun

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan selama 24 bulan di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun, di INTEC UiTM, Shah Alam. Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) pada akhir tahun 2 kursus persediaan.

Pelajar yang lulus peperiksaan tersebut dan memenuhi syarat kemasukan ke kolej-kolej teknikal di Jepun serta memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian kejuruteraan peringkat Diploma selama tiga (3) tahun di Kolej Teknikal di Jepun. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA serta diterima masuk ke universiti di Jepun. Tempoh pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama di universiti di Jepun ialah dua (2) tahun.

1.2 Program Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) Korea

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti program persediaan selama sembilan (9) bulan di

INTEC UiTM, Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat persediaan dan Sijil Bahasa di Seoul National University (SNU), Korea selama setahun.

Pelajar yang melepasi had kecemerlangan yang ditetapkan Kerajaan akan diserap ke dalam penajaan melalui dua (2) kaedah iaitu, pelajar yang mendapat keputusan CGPA 3.75 dan ke atas akan ditawarkan pengajian terus ke peringkat ijazah pertama selama (4) tahun dan pelajar yang mendapat keputusan CGPA

3.74  dan  ke  bawah  akan  ditawarkan pengajian ke  peringkat diploma selama 2 tahun dan ijazah pertama 2 tahun. Agihan pelajar mengikut kolej perlu mengambil kira keseimbangan dari segi kaum, jantina dan negeri asal.

1.3 Program Khas Kejuruteraan Perancis

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Perancis akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC, UITM Shah Alam atau di UniKL Malaysia France Institute (MFI) Bangi.

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Perancis akan mengikuti kursus persediaan di INTEC, UITM Shah Alam selama sebulan dan seterusnya menyambung pengajian persediaan di Perancis selama 12 bulan. Prestasi pelajar semasa kursus persediaan di Perancis akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama 5 tahun di universiti-universiti terkemuka di Perancis (Grand Ecole).

Pelajar yang mengikuti kursus persediaan di Malaysia France Institute (MFI) pula akan mengikuti kursus Bahasa Perancis dan beberapa mata pelajaran Sains dan Matematik bagi tujuan mengambil peperiksaan kursus persediaan. Selepas berjaya di peringkat persediaan dan memenuhi had kecemerlangan akademik yang ditetapkan, pelajar akan meneruskan pengajian di Institute University de Technologie (IUT) bagi memperolehi kelayakan Diplom Universitaire de Technologies (DUT).

Seterusnya pelajar akan mengikuti pengajian Diplome d’Ingenieur selama 3 tahun di Grande Ecole. Kelayakan ini memenuhi keperluan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan ianya juga dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari IPT tempatan.

Diplom Universitaire de Technologies (DUT) dari Institute University de Technologie (IUT) diiktiraf sebagai setaraf dengan Diploma Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi maksud lantikan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

1.4 Program Khas Sains Sosial Perancis

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Khas Sains Sosial Perancis akan mengikuti kursus persediaan di UniKL Malaysia France Institute (MFI) Bangi selama 22 bulan.

Prestasi pelajar semasa kursus persediaan akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama tiga (3) ke empat (4) tahun di universiti-universiti terkemuka dalam bidang sains sosial di Perancis (Sciences Po, Grenoble Ecole de Management dan SKEMA Business School).

1.5 Program Khas Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) Jerman

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Khas Jerman akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC, German Malaysian Institute (GMI) atau First City University College (FCUC) selama 18 hingga 22 bulan. Semua pelajar yang lulus dengan jayanya kursus persediaan seterusnya akan ditaja mengikuti pengajian peringkat Bachelor selama 3 tahun di institusi-institusi pengajian tinggi di Jerman.

Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Master di Jerman sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Bachelor dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh pengajian peringkat Master adalah selama dua (2) tahun.

 MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a)       Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik  sekiranya pelajar  berkhidmat dalam  Perkhidmatan Awam; atau

(b)       Bayaran  balik  sebanyak  25% daripada  jumlah  pinjaman  yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau

(c)       Bayaran  balik  sebanyak  50% daripada  jumlah  pinjaman  yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

(d)       Selain  daripada  keadaan  seperti  di  atas,  pelajar  dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

 CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selama tujuh (7) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program JKPJ Tahun 2017 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/

 Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat jkpj2017@jpa.gov.my; dan

 STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

 Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan penilaian SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar iaitu kempimpinan, kerjasama, daya tahan, kematangan, komunikasi dan kreativiti.

SAC dijadualkan pada 2 April 2017 hingga 7 April 2017 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Zon Tengah (Selangor dan WP Kuala Lumpur) Zon Selatan (N. Sembilan, Melaka dan Johor), Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Zon Sabah dan Zon Sarawak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 5 Mei 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Scholarship Website
Application Website
   Hits: 18518
Rate now:  
0

Comments  

0 #2 Administrator 2013-03-26 03:18
Quoting vaidevi:
im vai here.i scored 9A's for SPM and applied for JPA scholarship.so i actually want to enquire if i can apply JPA scholarship for coarses other than engineering.

no, this year JPA only offering the above, so far.
Quote
 
0 #1 vaidevi 2013-03-26 03:08
im vai here.i scored 9A's for SPM and applied for JPA scholarship.so i actually want to enquire if i can apply JPA scholarship for coarses other than engineering.
Quote
 
Add comment

Security code
Refresh

Powered by Sigsiu.NET RSS Feeds
 
Find us on Facebook
Follow EduHelpMy on Twitter