Minimum Requirement for Application: a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak melebihi 45 tahun;
c. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.;
d. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan / Ijazah Lanjutan / Sarjana / Dr.Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
e. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
- Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
- Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
f. Layak memohon sekiranya pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) / Sukan Universiti ASEAN (SUA) / Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.
Extra Info: Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysiai (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta dan Politeknik. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
Permohonan dibuka secara atas talian seperti berikut:
Tarikh Mohon 1 Julai 2014 - 31 Julai 2014
Pemohon: Atlet Pelajar sedia ada di IPT / pelajar baru yang telah mendapat surat tawaran kemasukan ke IPT
Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman web rasmi Kementerian dan setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA.
Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai;
Tarikh Semakan 14 Ogos 2014 - 22 Ogos 2014
(tertakluk kepada pindaan)
Permohonan yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama DUA (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.
PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5,
62200 W. P. PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Abu Kasim Bin Hassan / Cik Nurulhuda Binti Mohd Akhir)
Tel : 03-8870 6143 / 6581
Faks : 03-8870 6824
Emel : abu.hasan@moe.gov.my / huda.akhir@moe.gov.my
*Waktu pejabat SAHAJA [8.:30 pagi hingga 4:30 petang]