Banner
Home Scholarships PENGAMBILAN CALON LEPASAN SPM UNTUK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Scholarship Directory

Malaysia Scholarship Directory EduhelpMy

PENGAMBILAN CALON LEPASAN SPM UNTUK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

7

Provider Name: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Provider Type: Federal Government
Scholarship Type:
  • Full Scholarship

Target Group:
  • SPM Leavers

Study Level:
  • Foundation
  • Bachelor Degree

Study Location:
  • Local

Minimum Requirement for Application:

2.   Jantina.  Lelaki dan Wanita.

3.   Umur.  17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 12.  Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga.


4.   Fizikal.

a.  Tinggi minimum  :  1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).

b.  Berat minimum   :  47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).

c.  Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja)  :  76sm.

d.  Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.          

5.   Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

6.   Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

7. Kelayakan Akademik.

a. Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut Fizik, Kimia atau Biologi dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2011.

b.   Calon-calon yang berminat mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan perlu mendapat sekurang-kurangnya  LAPAN (8) A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran Sains.Kelayakan Akademik.

8.   Pelantikan.

Calon-calon yang berjaya terpilih  akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.

9.   Pentauliahan. Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

10. Gaji.

Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SPBA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.

11. Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.

12. Dokumen Sokongan.

Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a.  Butir-butir peribadi (resume) beserta no telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.

b.  Salinan keputusan percubaan SPM 2011.

c.  Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.

d.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

e.  Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.

f.   Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.

g.  Sekeping gambar berukuran pasport.

h.  Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat sendiri.


13.  Alamat.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Tenaga Kerja, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR (Untuk Perhatian: Sel C).

ATAU Hadir ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen seperti  di atas.

14. Maklumat Permohonan. Sila berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut:

a.  Mej Abdul Hamid bin Maarus   -  03-20712382

b.  Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi   -  03-20712387

Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM -  03-20714526

Kapt Ridzuan bin Abdullah   -  03-20714524

c.  Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Dokumen -  03-20712391

d.  Talian Bebas Tol    -  1-800-88-7588

e.  Nombor Faks   -  03-26985340 / 03-26986235

f.   Email   -  ctk.mtk@mod.gov.my

Maklumat Penting: Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas.  Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU  dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.



 






Course:
  • Computing/ICT
  • Medicine
  • Engineering (Mechanical)
  • Engineering (Civil)
  • Engineering (Electronic)
  • Engineering (Electrical)
  • Management
  • Human Resource
  • Maritime

Application Status: CLOSED
Closing Date: 31-Jan-2012
Extra Info:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (menggunakan keputusan percubaan SPM tahun 2011) dan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai  Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Scholarship Website
Document 2 - Instructions / Guidelines
   Hits: 8894
Rate now:  
0

Comments  

 
+1 #1 ahmad afizul aizat 2013-07-21 12:27
hanya mencuba ,,cita-cita dari kecik lagi ;-)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Powered by Sigsiu.NET RSS Feeds
 

Scholarships - Apply Now!

31-Dec-2014
30-Apr-2014
18-May-2014
15-May-2014
30-May-2014
30-Apr-2014
31-Dec-2014
30-Apr-2014
31-Mar-2014
25-Apr-2014
25-Apr-2014
30-May-2014
30-Apr-2014
31-Mar-2014
31-May-2014
20-Aug-2014
30-May-2014
30-Jun-2014
31-Mar-2014
Search for more scholarships that you can apply NOW!

What do you think?

How do you rate this website?
 
Find us on Facebook
Follow EduHelpMy on Twitter