Minimum Requirement for Application: Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2012 bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran (PhD) dan Sarjana di dalam dan luar negara.
Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2012
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.
Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana/ Kedoktoran
a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
b) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
c) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
d) Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang di universiti ulung tempatan seperti di LAMPIRAN B1 atau di universiti terkemuka dunia seperti di LAMPIRAN B2.
refer the website for the details.
Extra Info: 1. Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2012 hendaklah diisi secara dalam talian (on-line), dimuat turun, dicetak dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti yang ditetapkan.
2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 27 Jun 2012 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 13 Julai 2012.
3. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
4. Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/ sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/ sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
5. Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Keputusan pemohon yang berjaya disenarai pendek boleh disemak di portal www.jpa.gov.my mulai 13 Ogos 2012.
6. Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 oleh Ketua Jabatan.
7. Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.
8. Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendek.
PERINGATAN PENTING
1. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong boleh dibuat dengan menghubungi Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan di talian 03-88853414/ 3546/ 3573 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mail di alamat esila@jpa.gov.my.
2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Julai 2012.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga pada 13 Ogos 2012 melalui laman web JPA. Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temuduga, surat panggilan temuduga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temuduga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.