|
Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara : . Fizik . Kimia . Biologi . Matematik . Pendidikan Khas . Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis : . Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman : . Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.
Application login page:
NOTE: you need to get PIN number from BSN Bank!
Deadline: 21 March 2011 Extended till 25th March 2011.
Before choosing, pls check your kelayakan here:
Read the Syarat-Syarat and other details below or click here:
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:
|
1.1 |
Warganegara Malaysia. |
|
1.2 |
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
|
|
1.3 |
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
|
|
1.4 |
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum. |
|
1.5 |
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.
|
|
|
DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut : |
|
|
1.5.1 Bahasa Melayu |
|
|
1.5.2 Sejarah |
|
|
1.5.3 Satu mata pelajaran yang lain serta ; |
|
|
1.5.4 lulus Bahasa Inggeris |
|
1.6 |
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
|
| 2. |
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN |
|
2.1 |
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) |
|
|
2.1.1 |
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
|
|
|
2.1.2 |
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
|
|
2.1.3 |
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
|
2.2 |
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara |
|
|
2.2.1 |
Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
|
|
|
2.2.2 |
Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
|
|
2.3 |
Program Kembar Bahasa Perancis |
|
|
2.3.1 |
Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1. |
|
2.4 |
Program Kembar Bahasa Jerman |
|
|
2.4.1 |
Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. |
| BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN: |
|
3.1 |
Sekolah Kebangsaan (SK) |
|
|
| 1. |
Pendidikan Prasekolah |
12. |
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah |
| 2. |
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah |
13. |
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah |
| 3. |
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah |
14. |
Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah |
| 4. |
Bahasa Arab Pendidikan Rendah |
15. |
Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah |
| 5. |
Bahasa Tamil (SK) Pendidikan Rendah |
16. |
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
| 6. |
Bahasa Cina (SK) Pendidikan Rendah |
17. |
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah |
| 7. |
Bahasa Iban Pendidikan Rendah |
18. |
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah |
| 8. |
Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah |
19. |
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah |
| 9. |
Matematik Pendidikan Rendah |
20. |
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah |
| 10. |
Sains Pendidikan Rendah |
21. |
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah |
| 11. |
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah |
|
|
|
|
|
|
|
|
3.2 |
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) |
|
|
| 1. |
Pendidikan Prasekolah |
10. |
Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah |
| 2. |
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah |
11. |
Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah |
| 3. |
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah |
12. |
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
| 4. |
Bahasa Cina Pendidikan Rendah |
13. |
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah |
| 5. |
Matematik Pendidikan Rendah |
14. |
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah |
| 6. |
Sains Pendidikan Rendah |
15. |
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah |
| 7. |
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah |
16. |
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah |
| 8. |
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah |
17. |
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah |
| 9. |
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah |
|
|
|
|
|
|
|
3.3 |
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) |
|
|
| 1. |
Pendidikan Prasekolah |
10. |
Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah |
| 2. |
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah |
11. |
Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah |
| 3. |
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah |
12. |
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
| 4. |
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah |
13. |
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah |
| 5. |
Matematik Pendidikan Rendah |
14. |
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah |
| 6. |
Sains Pendidikan Rendah |
15. |
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah |
| 7. |
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah |
16. |
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah |
| 8. |
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah |
17. |
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah |
| 9. |
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah |
|
|
|
| CARA MEMOHON |
|
4.1 |
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.
|
|
4.2 |
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
|
|
4.3 |
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
|
|
4.4 |
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
|
|
4.5 |
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
|
|
4.6 |
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
|
|
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
|
|
|
|
|
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) No. Telefon : 03-888441260/1254/1253/1371/1235 |
|
|
|
|
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah No Telefon : 088 236804 |
|
|
|
|
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak No Telefon : 082 258045 |
| PENDAFTARAN |
|
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
|
| IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU |
|
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
|
| MAKLUMAN DAN PERHATIAN |
|
7.1 |
Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
|
|
7.2 |
Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad. |
|
7.3 |
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
|
|
7.4 |
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
|
|
7.5 |
Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
|
|
7.6 |
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

| BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN |
|
|
|
|
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
|
|
Bentuk Pengajian
|
Tempat
|
Tempoh
|
| Kursus Persediaan |
Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan |
3 semester
|
| Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) |
Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan |
8 semester
|
|
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
|
|
Bentuk Pengajian
|
Tempat
|
Tempoh
|
| Kursus Persediaan |
Kolej Persediaan KPM |
2-4 semester (mengikut kolej pengajian)
|
| Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas) |
Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand) |
6-7 semester (mengikut kolej pengajian)
|
| Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) |
Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM |
2 semester
|
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) : a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak. |
|
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina
|
|
Bentuk Pengajian
|
Tempat
|
Tempoh
|
| Kursus Persediaan |
Beijing Foreign Studies University,Beijing, China |
2 semester
|
| Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua) |
Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan |
8 semester
|
| Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) |
Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan |
2 semester
|
|
Program Kembar Bahasa Perancis
|
|
Bentuk Pengajian
|
Tempat
|
Tempoh
|
| Kursus Persediaan |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa |
2 semester
|
| Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) |
Universiti Terkemuka Negara Perancis |
6 semester
|
| Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa |
2 semester
|
|
Program Kembar Bahasa Jerman
|
|
Bentuk Pengajian
|
Tempat
|
Tempoh
|
| Kursus Persediaan |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa |
4 semester
|
| Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman) |
Universiti Malaya |
6 semester
|
| Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) |
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa |
2 semester
|
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
|